Friday, March 25, 2011

PERKEMBANGAN KANAK2?????

 Alhamdulillah....

Bertemu semula kita di dalam blog yang dah lama saya tak up-date. nak berkongsi pasal  anak2 serta perkembangan mereka. Memang betul,anak2 membesar di depan mata kita, namun adakah kita sedar setiap detik yang dilakukan oleh anak2, kadangkala tidak pernah kita perhatikan. Tiba2 sahaja anak sudah membesar. Tahun demi tahun, usia semakin memamah diri.  Serba sedikit nak berkongsi dalam KECERDASAN PELBAGAI GARDNER-oleh Harward Garder:-


    1. PINTAR BAHASA:- anak2 yang mahir bertutur, membaca, berpuisi, menyanyi, berpidato, bercerita, perbahasan-
    2. PINTAR LOGIK :- anak2 yang lebih cenderung kepada mahir mengira, matematik, menyelesaikan masalah, menggunakan komputer, blok permainan, puzzle
    3. PINTAR MUZIK:-  anak2 yang suka bermain muzik, menyanyi, membaca not2 muzik, mengubah lagu
    4. PINTAR RUANG:-  anak2 yang peka dengan susunan ruang, boleh membaca peta, klu pergi jalan2 mesti ingat tempat tu kembali.
    5. PINTAR KINESTETIK:-  anak2 yang berupaya dalam kawalan badan, keseimbangan badan seperti dalam bidang sukan, berenang dan menari.
    6. PINTAR ALAM:-  anak2 yang peka dengan alam semulajadi, kehidupan dan kebersihan alam.