Thursday, January 27, 2011

ANAK2

Bila difikir2 kan, memang mencabar betul menjaga anak PERMATA yang berusia 2 tahun ni. Kalau buat aktiviti, ada jer yang nak ikut kepala sendiri. Yelah...kategori baby lagi. Tapi perlu diingat, MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA. Siapa yang nak buat kerje2 melentur tu. Klu di rumah sudah tentu ler ibubapa. Tetapi,klu di Taska, Cikgu dan Cikgi ler yang bertungkus-lumus...hehehe.


Ini kisahnya...sepatutnya time tidur anak2 ni diantara pukul12-3 petang. Belum sampai pukul 2, dah ada yang bangun. Kalau bangun tak meragam tak apa, ni yang menangis satu hal, yang main lompat2 katil pun ada....adoiyai. Nak buat mcm mana, saya ler yang kene sediakan aktiviti lain yang diaorg boleh buat sementara nak tunggu kawan2 lain bangun pukul 3 tuuu....main game ker...main basikal kat belakang ker...buat jer apa2,janji beraktiviti...janji ada benda yang di buat oleh kanak2 ni.


Kene sahut cabaran untuk tahun ni mendidik kanak-kanak 2 tahun ni. Buktikan yang Cikgu boleh buat macam2 untuk diaorg belajar. Nanti nak masukkan gambar. Boleh cuci2 mata....hehe
BYE...
Cikgu Fie

Saturday, January 22, 2011

SEKADAR RENUNGAN

Buat semua ibubapa kepada anak2 di taska.  Cikgu nak berkongsi ilmu. 5 perkara yang perlu dilakukan jika kita nak rasa HEBAT:-

  1. Jangan tinggal majlis ilmu
  2. Jangan tinggal bangun malam
  3. Jangan tinggal baca Quran
  4. Jangan tinggal zikrullah
  5. Jaga pada pemakanan
     Ustaz Zulkarnain (Pengacara Program Imam Muda Astro) yang bagi ceramah ini bercerita, kalau tak boleh buat semua, buatlah satu2 dulu...tapi yang bab pemakan tu,saya memang akui kebenarannya. Yang disentuh bab makan ni ialah HALAL dan BERSIH. Ustaz bagi tau, kenapa perangai anak2 sekarang tak sama seperti perangai kita(parent) masa kecik? Cuba kita imbas balik, bagaimana cara ibu kita memasak? Kalau dulu,nak masak sayur taugeh tu, mak mesti suruh kita buang ekor taugeh dulu. Bila dah siap masak, semuanya nampak putih. Sekarang, cuba kita lihat kalau beli nasi campur(berlauk). Lauk taugeh tu...ada tak ekor taugeh tu dibuang....tak ada. Orang sekarang masak, basuh2 terus aje masuk dalam mee ke, kueh tiew ke...betul tak?

     Lagi satu, kalau nak masak kerang. Dulu, mak akan suruh kita berus kerang tu sampai putih kulit dia. Katanya, suruh buang semua pasir2 yang melekat pada kerang. Bersih dan senang nak makan. La ni, ada tak lagi tuan/puan tengok kulit kerang yang bersih sebelum dimasak untuk dimakan. Harammm......kulit kerang jer pun dah kita boleh tau...betul tak?
    
    FIKIR2 KAN DAN SELAMAT BERAMAL

Sunday, January 16, 2011

minggu pertama PERMATA

3 Januari 2011,
hari pertama anak2 Taska PERMATA Perpaduan, Saujana Putra
menghadirkan diri bersama ibubapa.
memang bermacam ragam
tapi ada yang sampai separuh hari jer.
pengalaman tahun ni kene jaga anak-anak
yang berusia 2 tahun.
walaupun hanya 3 orang sahaja yang mendaftar
tapi, ini lah yang paling mencabar.
sebabnya, masing2 masih boleh digelar
'BABY' lagi.
tak boleh nak ikut peraturan di taska.
kalau nak ikutkan, hari ke tiga saja 
aku dah angkat tangan
mengaku kalah nak jaga baby2 ni.
kalau boleh nak ambil balik kelas 4 tahun
tapi, apa kan daya
setiap tahun kene bergilir
Ya Allah, berikanlah kekuatan dan ilmu pengetahuanku
ditambahkan untuk mengajar dan menyayangi
anak didikku.
AMIN...